icon-search
icon-search
  • MI.jpg
  • COVER MEMORI INARA 1-01.jpg

MEMORI INARA

RM 30.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Sinopsis


“I’m your husband.”

Semuanya bermula dengan pengakuan itu. Aku tiba-tiba menjadi isteri kepada Gibran Lutfi, lelaki yang tidak pernah aku kenal seumur hidup aku. Kata mereka, kami pasangan pencinta sejati. Sanggup mempertaruh nyawa demi satu sama lain. Kegilaan apa ini? Aku cuma ada tunang. Dan tunang itu bukanlah seorang Gibran Lutfi. 

“Ara kehilangan memori empat tahun ini.”

Hilang ingatan? Drama apa yang sedang mereka main? Aku tidak percaya! Tetapi sayang, itulah hakikatnya. Aku tidak ingat apa yang berlaku sejak empat tahun yang lalu. Kata mereka lagi, semuanya gara-gara sebuah kemalangan. 

Namun…

Benarkah ada kemalangan yang berlaku? Kenapa aku seringkali dihantui bayangan demi bayangan hitam? Kenapa aku seringkali mendengar jeritan-jeritan menakutkan? Dan juga, kenapa aku nampak dia berlumuran dengan darah?

“Aku tak rela bersuamikan seorang pembunuh.” - Inara

“Dia manusia yang layak dibunuh.” - Gibran

Semakin aku cari kebenaran, semakin aku buntu. Apatah lagi, bila hati mula berdetak aneh. Melihat dia sahaja, sudah mampu membuatkan aku senyum sendiri.

“How do you feel?”

“Macam orang kena kahwin paksa.”

“Then, you will fall for me.”

“Huh?”

“Dalam drama kahwin paksa, hero-heroin selalu ended up jatuh cinta dan happily ever after, kan?”

Mampukah kami betul-betul happily ever after, bila aku dikelilingi rahsia demi rahsia? Pembohongan demi pembohongan? Kata Gibran, untuk melindungiku. Tetapi, daripada siapa? Apa yang sudah berlaku dalam empat tahun ini? Dan kenapa pula, ada tangan yang mahu mencabut nyawaku?


Maklumat lain


Genre: Mystery romance

Penerbit: Karyaseni Sdn. Bhd.

Tahun terbit: 2019

ISBN: 978-967-469-122-6

Jumlah muka surat: 707

Berat: 578 g

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.