CODE NAME COBRA CURRENTLY UNDER REPRINTING. WILL BE RESTOCKED ONCE READY.
icon-search
icon-search
  • AL.jpg
  • Aku Lelakimu 2.jpg
RESTOCK

AKU LELAKIMU

RM 29.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Sinopsis


“I’m the only PhD in serial murder.” – Ted Bundy

“You could smell the blood.” – Richard Ramirez


Membaca pengakuan daripada pembunuh bersiri terkenal dunia sudah cukup menggerunkan. Tetapi, bagaimana kalau anda yang jadi sasaran? 

Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatkan Tihani Rose sudah terlalu lali dengan mayat dan pembunuhan. Namun satu panggilan pada malam itu, mengubah segala-galanya.

“Tihani Rose, suara kau memang manis.”

Dia diselamatkan oleh seorang lelaki yang langsung tidak dijangka-jangka. Lelaki yang pernah menghentak jantungnya dengan pengakuan…

“I am obsessed with serial killers.”

Kemunculan Alexander Aryan bukan sekadar itu. Datangnya membawa memori silam dua belas tahun lalu. Katanya, mahu menjaga dan melindungi. Tetapi, benarkah dia sekadar seorang pelindung?

“Izinkan I ambil mood musim luruh ni, izinkan I guna keberanian yang tiba-tiba muncul ni, untuk luahkan apa yang ada dalam hati I.” – Tihani Rose

“Tia, don’t do this. You’re hurting yourself.” – Alexander Aryan 

Bila seorang demi seorang remaja perempuan dibunuh, Tihani akhirnya mengetahui kebenarannya. Mereka semua dijadikan bahan latihan sebelum White Killer mendapatkan dia. 

“You shall be my masterpiece, Tihani Rose.” – White Killer

Tetapi White Killer tersilap besar. Tihani Rose tidak akan semudah itu menyerah. Untuk setiap titis air mata yang mengalir, setiap titis darah yang menitik dan setiap penderitaan yang dia tanggung, Tihani akan melawan semula.

“Kau nakkan nyawa aku? Baik. Bring it on. Malam ini, hanya akan ada salah seorang daripada kita yang selamat.” – Tihani Rose 

Cabaran akhirnya dilempar. Mereka sudah sama-sama jadi gila. Dan Alex semakin terdesak! Mampukah dia jadi sang penyelamat? Atau dia perlu membebaskan kegilaannya sendiri? Kerana sesungguhnya, dia juga bukan manusia biasa. 


Maklumat lain


Pemenang NOVEL TERBAIK Anugerah Buku Negara 2018

____

Genre: Psiko-thriller

Penerbit: Karyaseni Sdn. Bhd.

Tahun terbit: 2017

ISBN: 978-967-469-062-5

Jumlah muka surat: 749

Jumlah patah perkataan: 129, 960

Berat: 629 g


Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.