Sinopsis Saving Lucy
2022. SPECIAL OPERATION L
Objektif: Menyelamatkan Lucy
Misi: Menjejaki kehilangan Lucy dan memastikan pihak yang bertanggungjawab menerima akibatnya
Sasaran: Phantom
“Phantom?”
“Yes, Phantom. One of the enforcers for Vassalo family.”
The Shadow gempar! Lucy, ejen paling muda dalam pasukan Puan Ana Maria tiba-tiba hilang. Lebih menggemparkan bila mereka mendapat tahu bahawa kehilangan itu mempunyai kaitan dengan Phantom, salah seorang pembunuh upahan bagi Vassalo family, sebuah keluarga mafia yang berpengaruh di Itali.
Lucy benar-benar tidak menduga! Kedatangannya ke Itali disambut ‘luar biasa’ oleh seorang lelaki asing. Dia diculik. Lebih mengejutkan bila dia mendapat tahu bahawa lelaki itu mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia.
“Aku takkan apa-apakan kau… selagi kau beri apa yang aku nak.”
“Apa yang kau nak?”
“Dia.”
Siapa ‘dia’ bagi lelaki itu? Kenapa mensasarkan Lucy, sedangkan mereka saling tidak mengenali? Namun semakin lama, semakin Lucy mengerti. Sesungguhnya, hanya dia yang menjadi ‘kunci’ buat satu lagi nyawa lain.
The Shadow pula semakin penasaran. Ejen Cobra, Shark dan Wolf bersumpah! Mereka akan membawa balik adik kesayangan mereka dan memastikan Phantom menjilat akibatnya. Sesiapa yang berani menyentuh Lucy… tidak akan lagi melihat dunia.
Sinopsis Phantom The Protector
“Once you’re marked by Cosa Nostra, you’re dead.”
Tujuh tahun lalu, itulah yang menjadi omongan di telinganya. Sesuatu yang sudah dia maklum sejak awal lagi, pada saat dia membuat keputusan untuk menjadi sang pengkhianat.
Dia… seorang Cosa Nostra. Dia… seorang enforcer. One of the best enforcers for Vassalo family. Hanya dengan sepatah kata daripada keluarga mafia itu, dia akan merenggut nyawa mangsanya.
Namun…
Demi darah dagingnya sendiri, dia sanggup berpaling tadah. Biar nyawanya menjadi galang ganti! Biar tubuhnya menjadi mayat! Dia sanggup. Dia rela.
Fate is a funny thing.
Ternyata, takdirnya mengatakan yang lain. Bukan nyawanya yang hilang. Bukan tubuhnya yang menjadi mayat.
Tetapi…
Hatinya. Hati yang tidak berjaya dikawal. Hati yang memberinya rasa bersalah.
“I’m sorry that I am your first love.”
Kini, dia muncul semula. Dia ingin menebus segala-galanya. Dia ingin memulakan kehidupan baru. Jauh daripada permainan nyawa dan pertumpahan darah. Namun, dia terlupa. Dia tetap sang pengkhianat. A fallen Cosa Nostra, yang harus ditamatkan riwayatnya. Pada saat dia muncul semula, dia kembali membawa nahas!
Sekali lagi, segala-galanya berantakan. Orang-orang kesayangannya menjadi sasaran. Lalu, Phantom bersumpah. Dia tidak akan biarkan mereka disentuh! Datanglah Vassalo family atau sesiapa pun, dia tidak akan teragak-agak untuk menghapuskan mereka.
Kali ini, bukan sebagai sang pembunuh, tetapi sebagai sang pelindung!