icon-search
icon-search
  • INAM.jpg
  • INAM.jpeg

I'M NOT A MONSTER

RM 29.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Sinopsis


“I would stand in the shadows of your heart, and tell you I’m not afraid of your dark.” – Andrea Gibson

Dia… Ryu

Seorang Red Dragon. Tidak perlu banyak cakap. Tidak perlu mengata apa-apa. Hanya dengan satu pergerakan, dia boleh mematahkan tulang temulang sang lawan. 

Dia… Maya

Seorang gadis biasa. Itu yang dia fikir selama ini. Satu malam jahanam mengubah segala-galanya. Dia jadi pelarian. Dia jadi manusia yang kematian jiwa. 

Takdir. Sesuatu yang paling aneh. Menemukan mereka dalam satu pertemuan yang juga aneh. Lalu, Maya membuat keputusan paling gila.

Aku mahu tinggal di sini. Di rumah ini. – Maya

“Kau tahu siapa aku, kan? Dan apa aku boleh buat pada kau?” – Ryu

Bagi Ryu, Maya itu sekadar orang tahanan. Bagi Maya, Ryu itu tempat persembunyian. Dalam ganasnya Ryu, dia tidak pernah menyakiti Maya. Tetapi sampai bila? Mampukah Ryu menghalang diri daripada mencabut nyawa Maya kalau dia tahu siapa wanita itu sebenarnya? Atau dia juga akan buat keputusan paling gila? Melindungi Maya dengan nyawanya sendiri.

“Jangan mati depan aku.” – Ryu

“Kau Ryu aku. Dan aku Maya kau.” – Maya

Keputusan akhirnya diambil. Namun, yang jadi galang gantinya adalah nyawa dan darah!

“Everyone has a monster within.” – Arjuna Kaede


Maklumat lain


Genre: Action-romance

Penerbit: Penulisan2u Sdn. Bhd.

Tahun terbit: 2018

ISBN: 978-967-2102-52-6

Jumlah muka surat: 668

Jumlah patah perkataan: 118, 069

Berat: 568 g

Your cart is currently empty.
Continue shopping