Sinopsis
Dendam Bersulam Cinta versi Amsyar
“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau. Sampai lumat.”
Nama aku Amsyar Mikael. Dan itu yang telah aku putuskan ke atas dia yang bernama Nurul Jannah. Hanya kehancuran. Dengan kedua-dua tanganku sendiri, aku akan tamatkan kebahagiaan dia yang selama ini. Biar dia juga mengerti apa itu penderitaan.
“Jannah… dia tidak bersalah.”
Kata mereka, dia tidak bersalah. Tetapi, bagaimana pula dengan aku? Pada saat aku tidur kelaparan, dia tidur kekenyangan. Pada saat aku meraung derita, dia bergelak tawa. Padahal, seluruh kehidupan Nurul Jannah yang bahagia itu adalah kerana penderitaan aku.
“Kau kena balas dendam!”
Seluruh hidup aku, itu yang telah terngiang-ngiang di telingaku. Itu yang telah dipaksa-paksa ke dalam otakku. Jadi, tidak kira apa-apa pun yang berlaku, aku perlu lunaskan dendam ini. Aku perlu buat mereka bayar balik atas segala-galanya.
Namun…
“Kau sayangkan Jannah. Kau cintakan dia.”
Aku telah tersilap perkiraan! Aku gagal mematikan perasaanku. Dan kerana itu… semakin aku menyakiti Jannah, semakin aku sendiri yang merasa sakitnya. Air mata Jannah… umpama racun di hatiku. Raungan Jannah… umpama belati yang menyiat-nyiat jiwaku.
Jadi benarlah kata orang…
“While seeking revenge, dig two graves. One for yourself.”
Maklumat lain
Genre: Melo-romance
Penerbit: Sara Aisha Publication Sdn. Bhd.
Tahun terbit: 2023
ISBN: 978-967-17714-6-4
Jumlah muka surat: 776
Jumlah patah perkataan: 125, 175
Berat: 610 g