icon-search
icon-search
  • LBD + AL
  • COVER LELAKI BERPAKSI DENDAM 21.10-01-01
  • Aku Lelakimu_Front cover

KOMBO LBD + AL

RM 76.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Sinopsis Lelaki Berpaksi Dendam


“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau. Sampai lumat.” 

Nama aku Amsyar Mikael. Dan itu yang telah aku putuskan ke atas dia yang bernama Nurul Jannah. Hanya kehancuran. Dengan kedua-dua tanganku sendiri, aku akan tamatkan kebahagiaan dia yang selama ini. Biar dia juga mengerti apa itu penderitaan.

“Jannah… dia tidak bersalah.”

Kata mereka, dia tidak bersalah. Tetapi, bagaimana pula dengan aku? Pada saat aku tidur kelaparan, dia tidur kekenyangan. Pada saat aku meraung derita, dia bergelak tawa. Padahal, seluruh kehidupan Nurul Jannah yang bahagia itu adalah kerana penderitaan aku.

“Kau kena balas dendam!”

Seluruh hidup aku, itu yang telah terngiang-ngiang di telingaku. Itu yang telah dipaksa-paksa ke dalam otakku. Jadi, tidak kira apa-apa pun yang berlaku, aku perlu lunaskan dendam ini. Aku perlu buat mereka bayar balik atas segala-galanya. 

Namun…

“Kau sayangkan Jannah. Kau cintakan dia.”

Aku telah tersilap perkiraan! Aku gagal mematikan perasaanku. Dan kerana itu… semakin aku menyakiti Jannah, semakin aku sendiri yang merasa sakitnya. Air mata Jannah… umpama racun di hatiku. Raungan Jannah… umpama belati yang menyiat-nyiat jiwaku.

Jadi benarlah kata orang…

“While seeking revenge, dig two graves. One for yourself.”


Sinopsis Aku Lelakimu: The White Obsession


A true crime writer.

A crime journalist.

And a serial killer on the loose.

Who will win this game?

 

Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatkan Tihani Rose sudah terlalu lali dengan mayat dan pembunuhan. Bagi dia, itulah kehidupannya. Itulah darah dagingnya. Namun, satu panggilan pada malam itu menggugat segala-galanya.

“Tihani Rose… suara kau memang manis.”

Dia diselamatkan oleh seorang lelaki yang langsung tidak disangka-sangka. Lelaki yang pernah menghentak jantungnya dengan pengakuan…

“I am obsessed with serial killers.

Kemunculan Alexander Aryan bukan sekadar itu. Hadirnya membawa memori silam dua belas tahun lalu. Katanya, mahu menjaga dan melindungi. Tetapi, benarkah lelaki itu sekadar seorang pelindung?

“I can kill for you. I can be a monster for you. I have no problem to do that.” - Alexander Aryan

Tatkala seorang demi seorang remaja perempuan dibunuh, Tihani akhirnya mendapat tahu kebenarannya. Mereka semua dijadikan korban sebelum White Killer mendapatkan dia.

“You shall be my masterpiece, Tihani Rose.” - White Killer

“Kau nakkan nyawa aku? Baik, bring it on! Malam ini, hanya akan ada salah seorang daripada kita yang selamat.” - Tihani Rose

Cabaran akhirnya dilempar. Mereka sudah sama-sama jadi gila. Alex juga semakin terdesak. Mampukah dia menjadi sang penyelamat? Atau mungkin dia perlu membebaskan kegilaannya sendiri? Kerana sesungguhnya…

“Finally, the devil is out.”


Your cart is currently empty.
Continue shopping