Sinopsis Saving Lucy
2022. SPECIAL OPERATION L
Objektif: Menyelamatkan Lucy
Misi: Menjejaki kehilangan Lucy dan memastikan pihak yang bertanggungjawab menerima akibatnya
Sasaran: Phantom
“Phantom?”
“Yes, Phantom. One of the enforcers for Vassalo family.”
The Shadow gempar! Lucy, ejen paling muda dalam pasukan Puan Ana Maria tiba-tiba hilang. Lebih menggemparkan apabila mereka mendapat tahu bahawa kehilangan itu mempunyai kaitan dengan Phantom, salah seorang pembunuh upahan bagi Vassalo family, sebuah keluarga mafia yang berpengaruh di Itali.
Lucy benar-benar tidak menduga! Kedatangannya ke Itali disambut ‘luar biasa’ oleh seorang lelaki asing. Dia diculik. Lebih mengejutkan apabila dia mendapat tahu bahawa lelaki itu mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia.
“Aku takkan apa-apakan kau… selagi kau beri apa yang aku nak.”
“Apa yang kau nak?”
“Dia.”
Siapa ‘dia’ bagi lelaki itu? Kenapa mensasarkan Lucy, sedangkan mereka saling tidak mengenali? Namun semakin lama, semakin Lucy mengerti. Sesungguhnya, hanya dia yang menjadi ‘kunci’ buat satu lagi nyawa lain.
The Shadow pula semakin penasaran. Ejen Cobra, Shark dan Wolf bersumpah! Mereka akan membawa balik adik perempuan kesayangan mereka dan memastikan Phantom menjilat akibatnya. Sesiapa yang berani menyentuh Lucy… tidak akan lagi melihat dunia.
Sinopsis Jodoh itu Milik Kita
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
Siapa sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” - Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” - Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah Syafiq yang akan tersenyum puas akhirnya tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci... abangnya sendiri?