icon-search
icon-search
  • WhatsApp Image 2023-11-25 at 1.21.42 AM
  • WhatsApp Image 2023-11-25 at 1.30.29 AM
  • WhatsApp Image 2023-11-23 at 2.10.26 PM
  • WhatsApp Image 2023-11-25 at 1.29.51 AM
  • WhatsApp Image 2023-11-25 at 1.28.58 AM

KOMBO DBC + LBD

RM 65.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Sinopsis Dendam Bersulam Cinta


NURUL JANNAH

 

Kata orang, cinta itu manis. Perkahwinan itu indah. Tetapi aku? Manisnya cinta aku menemui penamat kala aku menikahi dia. Dua tahun menyulam kasih, rupa-rupanya itu sekadar pentas ciptaan Amsyar untuk mengikat aku dalam perkahwinan penuh derita. 

“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau.” - Amsyar

“Aku bukanlah perempuan yang kau boleh pijak-pijak begitu saja.” - Jannah

Lalu, aku bersumpah. Takkan semudah itu untuk Amsyar menjahanamkan aku. Walau sedalam mana pun cinta aku kepadanya, aku tetap seorang wanita yang akan mempertahankan diri. Akan aku hadap semuanya tanpa tergugat. Biar dia tahu bahawa seorang Nurul Jannah bukan semudah itu untuk dihancurkan. Malangnya, bila kebenaran akhirnya terbongkar, aku jadi sangsi. Patutkah aku melawan atau biarkan sahaja Amsyar menuntut dendamnya? 

 

AMSYAR MIKAEL

 

Ini jalan yang sudah aku ambil dan aku akan benar-benar memastikan perempuan itu hancur tidak mampu bangkit semula. Dia harus membayar harga bagi setiap titik air mataku yang menitis, setiap laungan penuh derita dan setiap nyawa yang sudah direnggut. Namun, semakin aku melukai dia, semakin jiwaku sendiri yang terhiris. Air mata yang dia titiskan, bahkan umpama racun yang membunuhku dari dalam.

Tidak! Aku harus bertahan. Walau apa pun yang berlaku, dendam ini harus berbalas. Dua nyawa yang sudah terkorban itu perlu dibela. Perasaan dalam hati? Huh, aku lempar jauh-jauh! Tetapi persoalannya sekarang, sampai bila aku mampu bertahan? Bila melihat dia sahaja, membuatkan aku mahu merangkulnya erat dan mengatakan…

“Abang cintakan Ana.” – Amsyar

“Aku mencintai dia. Tapi sekarang, aku mahu cintaku kepadanya mati, tidak boleh hidup semula.” - Jannah

 


Sinopsis Lelaki Berpaksi Dendam


Dendam Bersulam Cinta versi Amsyar

 

“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau. Sampai lumat.” 

Nama aku Amsyar Mikael. Dan itu yang telah aku putuskan ke atas dia yang bernama Nurul Jannah. Hanya kehancuran. Dengan kedua-dua tanganku sendiri, aku akan tamatkan kebahagiaan dia yang selama ini. Biar dia juga mengerti apa itu penderitaan.

“Jannah… dia tidak bersalah.”

Kata mereka, dia tidak bersalah. Tetapi, bagaimana pula dengan aku? Pada saat aku tidur kelaparan, dia tidur kekenyangan. Pada saat aku meraung derita, dia bergelak tawa. Padahal, seluruh kehidupan Nurul Jannah yang bahagia itu adalah kerana penderitaan aku.

“Kau kena balas dendam!”

Seluruh hidup aku, itu yang telah terngiang-ngiang di telingaku. Itu yang telah dipaksa-paksa ke dalam otakku. Jadi, tidak kira apa-apa pun yang berlaku, aku perlu lunaskan dendam ini. Aku perlu buat mereka bayar balik atas segala-galanya. 

Namun…

“Kau sayangkan Jannah. Kau cintakan dia.”

Aku telah tersilap perkiraan! Aku gagal mematikan perasaanku. Dan kerana itu… semakin aku menyakiti Jannah, semakin aku sendiri yang merasa sakitnya. Air mata Jannah… umpama racun di hatiku. Raungan Jannah… umpama belati yang menyiat-nyiat jiwaku.

Jadi benarlah kata orang…

“While seeking revenge, dig two graves. One for yourself.”


Your cart is currently empty.
Continue shopping