icon-search
icon-search
  • DBC.jpg
  • DBC.jpg

DENDAM BERSULAM CINTA

RM 28.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Sinopsis

NURUL JANNAH


Kata orang, cinta itu manis. Perkahwinan itu indah. Tetapi aku? Manisnya cinta aku menemui penamat kala aku menikahi dia. Dua tahun menyulam kasih, rupa-rupanya itu sekadar pentas ciptaan Amsyar untuk mengikat aku dalam perkahwinan penuh derita. 

“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau.” - Amsyar

“Aku bukanlah perempuan yang kau boleh pijak-pijak begitu saja.” - Jannah

Lalu, aku bersumpah. Takkan semudah itu untuk Amsyar menjahanamkan aku. Walau sedalam mana pun cinta aku kepadanya, aku tetap seorang wanita yang akan mempertahankan diri. Akan aku hadap semuanya tanpa tergugat. Biar dia tahu bahawa seorang Nurul Jannah bukan semudah itu untuk dihancurkan. Malangnya, bila kebenaran akhirnya terbongkar, aku jadi sangsi. Patutkah aku melawan atau biarkan sahaja Amsyar menuntut dendamnya? 


AMSYAR MIKAEL


Ini jalan yang sudah aku ambil dan aku akan benar-benar memastikan perempuan itu hancur tidak mampu bangkit semula. Dia harus membayar harga bagi setiap titik air mataku yang menitis, setiap laungan penuh derita dan setiap nyawa yang sudah direnggut. Namun, semakin aku melukai dia, semakin jiwaku sendiri yang terhiris. Air mata yang dia titiskan, bahkan umpama racun yang membunuhku dari dalam.

Tidak! Aku harus bertahan. Walau apa pun yang berlaku, dendam ini harus berbalas. Dua nyawa yang sudah terkorban itu perlu dibela. Perasaan dalam hati? Huh, aku lempar jauh-jauh! Tetapi persoalannya sekarang, sampai bila aku mampu bertahan? Bila melihat dia sahaja, membuatkan aku ingin merangkulnya erat dan mengatakan…

“Abang cintakan Ana.” - Amsyar

“Aku mencintai dia. Tapi sekarang, aku mahu cintaku kepadanya mati, tidak boleh hidup semula.” - Jannah


Maklumat lain


Genre: Melodrama-romance

Penerbit: Karyaseni Sdn. Bhd.

Tahun terbit: 2020

ISBN: 978-967-469-164-6

Jumlah muka surat: 640

Jumlah patah perkataan: 107, 154

Berat: 550 g

Your cart is currently empty.
Continue shopping