icon-search
icon-search
  • Kombo CNW + SK.jpg
  • CNW.jpg
  • COVER SALJU KYOTO FINAL OP2-01.jpg

KOMBO CNW + SK

RM 73.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Sinopsis Code Name Wolf


2021. BLACK OPERATION

Objektif: Menjatuhkan Black Diamond Group, sebuah syarikat konglomerat yang sebenarnya dalang di sebalik pasaran pemerdagangan manusia di Asia Tenggara

Misi: Menyelamatkan mangsa-mangsa di bawah Black Diamond Club

Sasaran: Madam Lee


“Apa kau buat di sini?”

Semuanya bermula dengan persoalan itu. Wolf bertemu kembali dengan wanita yang selama ini menguasai hidup dan hatinya. 

“I’m here for Madam Lee. Hanya itu.”

Wolf mengerti. Wanita di hadapannya bukan lagi wanita yang suatu masa dahulu dia kenal. Di antara mereka kini hanya tinggal urusan Black Operation. Dia sebagai Wolf. Wanita itu sebagai Phoenix.

Namun...

Berdepan dengan seorang Phoenix, bukanlah semudah yang dia jangka. Kerasnya wanita itu terlalu mencabar dirinya. Apatah lagi, di antara mereka sebenarnya terjalin satu perhubungan yang tidak semudah itu putus. 

“Aku hanya ada dua pilihan sekarang. Pertama, aku jadi seorang ejen yang bertindak rasional. Kedua, aku jadi seorang suami yang naik gila.”

Tidak cukup dengan itu, kemunculan Madam Lee di hadapan mereka, menghuru-harakan lagi keadaan. Phoenix jadi semakin tidak terkawal. Wolf jadi semakin terdesak. Di antara menyelamatkan isterinya, atau membiarkan Phoenix terus-terusan terperangkap dalam matlamat gilanya. Kerana sesungguhnya, dia juga mahu membunuh mereka.

“You’re mine. Mereka dah sentuh apa yang jadi hak milik aku. Jadi, mereka akan jilat akibatnya.”

“Aku tak perlukan kau untuk balas apa-apa bagi pihak aku. Biar aku yang buat sendiri.”

Permainan kini bermula. Di antara sang serigala yang mahu menjadi pelindung, dan seorang Phoenix yang bangkit dari abu kemusnahan. Namun yang nyata, mereka berdua ialah pasangan pemusnah. Mereka… akan menguburkan Black Diamond Group.


Sinopsis Salju Kyoto


‘When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.’


Musim dingin 2015. Kyoto.

Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai, dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang. 

A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran.

“Stay away from him.”

Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya?

“She’s my woman. You touch her... and you die.” - A.K.

Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini?

“If you feed an evil soul, he’ll become a devil.” - Badri

Bila dua pilihan terhampar depan mata, aku akhirnya membuat keputusan muktamad. Tinggal di Kyoto dan berjuang... dengan status sebagai isteri kepada Arjuna Kaede.

Dari awal, aku sedar bahawa menjadi isteri kepada lelaki itu bukan mudah. Nyawa sentiasa di hujung tanduk. Namun, aku ialah Nailah Farafisha. Seperti agungnya cinta Nailah al-Farafishah, srikandi Islam buat suaminya, Khalifah Uthman Ibn Affan, seperti itu juga tingginya darjat Arjuna Kaede di mataku. Pantang maut sebelum ajal!

“Masanya sudah tiba untuk aku jadi singa betina.” - Nailah

Tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit dunia gelap yakuza? Mampukah aku menjadi penyelamat tatkala Arjuna hampir tersungkur antara prinsip dan nyawa? Apa pula yang akan terjadi kepada Badri?

Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini tentang pilihan, pengorbanan dan akibat. Ini... kisah aku.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.